Sunday, February 8, 2009

DERMA ORGAN SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DIHATI MASYARAKAT

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap ringan tulang kerana sikapnya yang suka tolong- menolong dan membantu di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang walaupun Malaysia adalah merupakan sebuah negara berbilang kaum.
Hal ini dapat dilihat melalui beberapa contoh keperihatinan masyarakat terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain seperti yang dialami oleh Hui Yee, pesakit yang memerlukan penderma organ bagi membolehkannya meneruskan kehidupan. Dia yang menjalani pemindahan jantung atas keperihatinan penderma kini dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Begitu juga dengan Allahyarhamah Siti Salmah Jasni yang menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari yang mengakibatkan tekanan darah dalam paru-parunya terlalu tinggi sehingga menyebabkan badannya sering letih dan mengalami kesukaran bernafas. Walaupun dia meninggal dunia, tetapi dia sempat menjalani pemindahan organ yang diperolehi daripada penderma budiman. Mungkin nasibnya sahaja tidak sebaik Hui Yee.
Walaupun derma organ yang dulunya asing bagi rakyat Malaysia kini semakin mendapat perhatian masyarakat kerana adanya pendedahan sedikit demi sedikit sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik serta badan- badan NGO tentang pentingnya derma organ.
Kita harus berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana setiap kali wujudnya pesakit yang memerlukan penderma organ dengan segera, ramai di kalangan masyarakat kita yang sudi tampil menghulurkan bantuan bagi membantu pesakit- pesakit ini.
Sebagai contoh kisah penderitaan Mohd. Farhan Ishak yang menghidap penyakit buah pinggan tidak berfungsi mendapat perhatian apabila dua pemuda dan seorang wanita tampil untuk mendermakan organ mereka kepada remaja berkenaan selepas kisah penderitaannya disiarkan dalam Utusan.
Hal ini menunjukan betapa prihatinnya masyarakat Malaysia terhadap kesusahan orang lain dan sikap tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup untuk mendermakan organ mereka walaupun mengetahui kemungkinan besar boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka sendiri.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat perihatin hendaklah sentiasa menyokong dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan daripada kita kerana Islam sendiri tidak menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara seperti derma organ. Bak kata pepatah “Berat Sama Dipikul dan Ringan Sama Dijinjing.” Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan keperihatinan rakyat Malaysia.

1 comment: