Sunday, February 8, 2009

SURAU JADI TEMPAT TIDUR

Pelikkan bunyi tajuk ini, jika kita mendengar ada orang menyebut perkataan surau atau masjid, pasti terlintas difikiran kita gambaran orang sedang solat, mengaji, berzikir serta melakukan amal ibadat yang lain kerana sememangnya fungsi tempat tersebut juga adalah untuk beribadat.

Tapi jika kita melihat fenomena di USIM, ada segelintir pelajar yang tidak menghormati tempat tersebut sebagai rumah Allah S.W.T dengan mengambil kesempatan untuk beristirehat sambil berbual dan tidur di dalam surau.

Hal ini tidak sepatutnya berlaku kepada pelajar- pelajar USIM kerana jika dilihat daripada latar belakang, majoritinya bersekolah agama dan sudah pasti mereka tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan apabila memasuki rumah Allah.

Menurut teman saya, kita seharusnya menghormati tempat tersebut dan tidak sepatut mencemarinya dengan perangai- perangai yang tidak elok…..SO, JAGA DAN HORMATILAH SURAU KITA…

TUJUH MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATINYA SELEPAS MATINYA

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.

4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).

2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.

3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

RAKYAT PRIHATIN….

Di antara bentuk sumbangan yang diberikan untuk Tabung Gaza.


Seluruh rakyat Malaysia saling berkerjasama dalam mengutip derma untuk Tabung NSTP Untuk Gaza bagi membantu rakyat Palestin yang menderita akibat daripada serangan tentera Zionis.

Atas dasar kemanusiaan dan rasa tanggungjawab semua pihak di Malaysia tidak kira sama ada agensi kerajaan, swasta, perseorangan sekolah- sekolah dan IPT saling berganding bahu bagi mengutip derma untuk membantu rakyat Palestin.

Di antara beberapa contoh pihak yang telah memberi sumbangan seperti NSTP dengan menyerahkan sumbangan sebanyak RM500,000, RM10,000 daripada Persatuan Pengeluar Filem Malaysia, Iskandar Investment Berhad (IIB) sebanyak RM20,580.50 dan lain- lain lagi.

Selain mengutip derma, Malaysia juga turut menghantar pasukan sukarelawan Mercy Malaysia bagi membantu rakyat Palestin selain turut menambah bekalan ubat- ubatan dan keperluan peralatan kecemasan bagi menampung keperluan yang sedia ada dan yang tidak mencukupi itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia harus memuji tindakan dan berterima kasih kepada pihak Mercy kerana sanggup pergi ke kawasan yang dilanda konflik itu untuk membantu mereka yang memerlukan di sana dengan menyalurkan kepakaran mereka masing- masing.

SYABAS RAKYAT MALAYSIA………

JANGAN MENYIKSA DIRI

Allah S.W.T menciptakan dunia seisinya untuk kemudahan manusia itu sendiri, oleh itu hendaklah manusia memanfaatkannya.
Sahabat Anas menceritakan bahawa satu hari Rasulullah S.A.W melihat seorang yang dipapah oleh kedua orang anaknya menunaikan haji dengan berjalan kaki.
Apabila melihat keadan itu maka baginda betanya, "Mengapa dengan orang ini?"
Kedua-dua orang anak itu berkata, "Dia bernazar hendak menunaikan haji dengan berjalan kaki."
Rasulullah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memerlukan orang yang menyiksakan dirinya."
Ketika itu juga Rasulullah memerintahkan kepada orang itu agar naik kenderaan untuk menunaikan haji.
Dalam satu peristiwa lain, seseorang menziarahi tuan gurunya yang sudah lama berpisah, dia berjalan kaki beberapa batu ke rumah gurunya dengan maksud untuk mendapat pahala yang lebih. Setiba di rumah gurunya itu, tuan guru itu bertanya, "Kamu datang dengan apa?"
Anak murid itu berkata, "Saya berjalan kaki."
Apabila tuan guru itu mendengar jawapan anak muridnya itu dia berkata :
"Dia telah menciptakan baghal agar kamu mengenderainya."
Dalam kedua- dua kisah teladan ini, dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Allah S.W.T tidak suka kepada orang yang suka menyusahkan diri mereka untuk melakukan ibadat kepada-Nya.

DERMA ORGAN SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT DIHATI MASYARAKAT

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap ringan tulang kerana sikapnya yang suka tolong- menolong dan membantu di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang walaupun Malaysia adalah merupakan sebuah negara berbilang kaum.
Hal ini dapat dilihat melalui beberapa contoh keperihatinan masyarakat terhadap kesusahan dan penderitaan orang lain seperti yang dialami oleh Hui Yee, pesakit yang memerlukan penderma organ bagi membolehkannya meneruskan kehidupan. Dia yang menjalani pemindahan jantung atas keperihatinan penderma kini dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
Begitu juga dengan Allahyarhamah Siti Salmah Jasni yang menghidap penyakit Hipertensi Pulmonari yang mengakibatkan tekanan darah dalam paru-parunya terlalu tinggi sehingga menyebabkan badannya sering letih dan mengalami kesukaran bernafas. Walaupun dia meninggal dunia, tetapi dia sempat menjalani pemindahan organ yang diperolehi daripada penderma budiman. Mungkin nasibnya sahaja tidak sebaik Hui Yee.
Walaupun derma organ yang dulunya asing bagi rakyat Malaysia kini semakin mendapat perhatian masyarakat kerana adanya pendedahan sedikit demi sedikit sama ada melalui media cetak mahupun media elektronik serta badan- badan NGO tentang pentingnya derma organ.
Kita harus berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana setiap kali wujudnya pesakit yang memerlukan penderma organ dengan segera, ramai di kalangan masyarakat kita yang sudi tampil menghulurkan bantuan bagi membantu pesakit- pesakit ini.
Sebagai contoh kisah penderitaan Mohd. Farhan Ishak yang menghidap penyakit buah pinggan tidak berfungsi mendapat perhatian apabila dua pemuda dan seorang wanita tampil untuk mendermakan organ mereka kepada remaja berkenaan selepas kisah penderitaannya disiarkan dalam Utusan.
Hal ini menunjukan betapa prihatinnya masyarakat Malaysia terhadap kesusahan orang lain dan sikap tidak mementingkan diri sendiri sehingga sanggup untuk mendermakan organ mereka walaupun mengetahui kemungkinan besar boleh mendatangkan bahaya kepada diri mereka sendiri.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai rakyat perihatin hendaklah sentiasa menyokong dan membantu mereka yang memerlukan pertolongan daripada kita kerana Islam sendiri tidak menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara seperti derma organ. Bak kata pepatah “Berat Sama Dipikul dan Ringan Sama Dijinjing.” Itulah pepatah yang paling sesuai untuk menggambarkan keperihatinan rakyat Malaysia.

Thursday, February 5, 2009

Kerja yang tak siap2.....

Balaghah adalah subjek wajib untuk sem ini, tiap kali belajar maddah ni mesti ada yang tak faham kerana dia menggunakan bahasa yang dalam2, setiap kali masuk kelas ini mesti kena buat kerja, lepas satu,esok ada lagi kerja dia.memang payah sangat......tapi bila dah faham seronok pula rasanya...he...he....memang dah adat belajar macam 2......

Monday, February 2, 2009

Best jadi reporter...

sebenarnya jadi seorang reporter ni sangat seronok kerana dapat jumpa pelbagai jenis orang dengan gelagat yang berbeza. hari tu, saya ada jadi reporter tapi sehari sajalah untuk buat satu assigment..saya ikut reporter sinar utk tugasan ni, sangat best ketika itu kerana saya dapat melihat sendiri bagaimana seseorang reporter itu bekerja bagi menyiapkan assigment mereka bermula dari mereka masuk pejabat, keluar untuk mendapatkan berita dan cara untuk menulis berita...tapi jadi reporter ni kena banyak sabarla kerana ada pelbagai rintagan dan cabaran yang menanti...

Menguji kesabaran....

memang susahla untuk buat blog ni tambahan pula saya memang tak pandai kalau masuk bab-bab IT. semasa buat blog ni, banyak sangat rintangan yang terpaksa saya hadapi terutamanya ketika ingin membuka blog kerana password. jadi blog saya tak boleh buka... tak pasal-pasal kena buat blog lain kerana masa tu menuntut ilmu blog tak habis. tapi akhirnya berkat dari kesabaran dan kesungguhan, blog saya dapat disiapkan juga...Terima kasih banyak kepada kawan-kawan yang sudi menolong,jasamu akan dikenang sampai bila-bila....